Mana-mana sahaja di Bumi
Mana-mana sahaja di Bumi

Mana-mana sahaja di Bumi

Mana-mana sahaja di Bumi (bahasa Inggeris: Anywhere on Earth; singkatan:AoE) ialah sesuatu penentu kalendar yang menunjukkan bahawa tempoh tamat apabila batas masa telah pun tiba di kesemua kawasan di muka Bumi. Ia merupakan sesuatu kebiasaan untuk membantu menentukan tarikh akhir yang mudah difahami seperti "16 Mac 2004, penghujung hari, mana-mana sahaja di Bumi (AoE)"[1] tanpa memerlukan pengiraan zon waktu atau pelarasan waktu jimat siang.[2]Untuk mana-mana tarikh tertentu, tempat terakhir di Bumi yang waktu AoE tersebut sah adalah di Kepulauan Howland dan Baker, dalam zon waktu IDLW (sebelah Hemisfera Barat Garis Tarikh Antarabangsa). Oleh itu, AoE pada hari itu berakhir apabila waktu itu sudah mencecah Pulau Howland.[3]Konvensyen tersebut berasal dari tatacara pengundian IEEE 802.16. Banyak tarikh akhir undian IEEE 802 ditetapkan sebagai penghujung hari menggunakan "AoE" sebagai masa penentu. Hal ini bermakna batas waktu akhir belum berlalu jika batas waktu tersebut belum mencecah semua tempat yang ada di permukaan Bumi.AoE penghujung hari berlaku pada tengah hari Waktu Sejagat Selaras (UTC) pada hari berikutnya,[3] Kepulauan Howland dan Baker berada tepat di tengah-tengah dunia bertentangan dengan meridian perdana yang merupakan longitud rujukan asas untuk UTC. Oleh itu, tatatanda piawai masa tersebut ialah: